WELCOME TO HOT TAKAFUL BLOG

PUSAT SEHENTI UNTUK MENDAPATKAN NASIHAT PRODUK TAKAFUL TERBAIK DI ASIA

Rabu, 2 Mei 2012

PENGENALAN TAKAFULINK

PENGENALAN

Pelan Takafulink Prudential BSN Takaful (PruBSN) adalah suatu produk komprehensif yang menyeluruh gabungan semua jenis perlindungan hayat, perlindungan penghospitalan dan simpanan pelaburan.

Ianya membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai dengan hidup anda dan dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan yang tidak menentu dalam kehidupan seharian. Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa, begitu juga dengan keutamaan hidup yang sentiasa berubah. Maka perancangan kewangan kita perlu selaras dengan peredaran hidup dan Pelan Takafulink PruBSN memberikan anda kawalan kerana ia dapat disesuaikan dengan pelbagai peringkat kehidupan tersebut.

Takafulink PruBSN dan manfaatnya adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

Pelan Takafulink berkaitan pelaburan ini ialah gabungan perlindungan dan pelaburan. Premium yang dibayar bukan sahaja menyediakan perlindungan tetapi sebahagian daripada premium tersebut juga akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu mengikut pilihan anda. Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.

Pelan Takafulink adalah sesuai untuk semua peringkat lapisan umur masyarakat kerana memenuhi 4 keutamaan keperluan keluarga:-
  • "Dying too Soon" : Melindungi waris daripada bebanan kewangan akibat kematian awal
  • "Living Too Long" : Plan Kewangan Simpanan Pelaburan untuk persaraan apabila sudah tua
  • "Living Death" : Melindungi pendapatan akibat penyakit biasa, kritikal atau kecederaan yang memerlukan kos rawatan berterusan sehingga meninggal dunia
  • "Children’s Future" : Menyediakan Tabung Pendidikan anak-anak
  • "Wealth Creation" : Mewujudkan Tabung Simpanan Tambahan berserta pulangan pelaburan
Pelan Takafulink PruBSN memberikan fleksibiliti kepada anda dari segi:-
1)Fleksibiliti memilih sendiri tahap perlindungan dan pelaburan anda.
2)Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah bayaran premium atau perlindungan mengikut perubahan kedudukan kewangan anda
3)Anda boleh memilih daripada berbagai dana (eg. Equity, Bon etc.) untuk pulangan pelaburan simpanan bergantung kepada paras risiko yang selesa untuk anda
4)Anda boleh menebus sebahagian simpanan daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.
5)Anda boleh juga boleh menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain.

KENAPA AYAH TAK AMBIL TAKAFUL?

KESAHIHAN SURAT INI TIDAK DAPAT SAYA PASTIKAN 100% TETAPI APA YG BOLEH KITA AMBIL IKTIBAR ADALAH:

Betapa pentingnya seorang yang bergelar bapa mengambil pelan perlindungan takaful untuk dirinya bagi mengelakkan keluarga yang ditinggalkan dalam kesusahan.

Selasa, 1 Mei 2012

KATA ALU-ALUAN DARI BLOGGER


NIK AZIZAH YUSOF
Tel / SMS: 013-2466351
Emel: nikazizah48@gmail.com

Setiap hari saya menerima bayak pertanyaan dari pelawat blog, pengguna facebook dan orang ramai berkaitan dengan jenis takaful dan bagaimana jenis-jenis produk takaful akan memenuhi keperluan anda yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Sebagai perunding kewangan islam bertauliah dr MII saya menggunakan sepenuhnya kepakaran saya dalam membantu anda mendapatkan perlindungan takaful terbaik mengikut keperluan dan bajet anda. Saya menawarkan perkhidmatan rundingan professional dan sesi seminar atau ceramah mengenai takaful secara percuma kepada mereka yang berminat.

 Jika emel, mesej Facebook atau komen anda di ruangan komen tidak berbalas selepas 3 hari, harap dapat sms atau telefon saya. Ada kemungkinan saya terlepas pandang emel, mesej dan komen anda. Jika anda berada di sekitar PANTAI TIMUR, saya alu-alukan anda untuk terus sms atau menelefon saya untuk mengadakan temujanji

PRU-BSN SYARIKAT NO. 1 MALAYSIA PERKENAL 'MEDICAL CARD'


Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) adalah hasil usahasama 2 syarikat gergasi iaitu Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan National (BSN).

Ianya diberikan lesen Takaful oleh Bank Negara Malaysia pada 08.08.2006, dilancarkan oleh Tetamu Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Malaysia. Pemegang saham PBTB, BSN dan Prudential masing-masing memegang kepentingan 51 peratus dan 49 peratus dalam syarikat usaha sama tersebut.PruBSN mempunyai modal berbayar RM100 juta dan modal dibenarkan RM500 juta.

   Syarikat usaha sama baru ini menawarkan rangkaian produk tabungan perlindungan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi keperluan unik Bumiputera, yang merangkumi 60% daripada penduduk Malaysia. PBTB ialah syarikat Takaful pertama di Malaysia yang yang mengeluarkan produk Takaful/Insuran Kesihatan, Medical Card yang berlandaskan Syariah yang kini pilihan utama rakyat Malaysia, bumiputera khususnya. Medical Card adalah Kad Perubatan panel hospital swasta yang membantu membiayai kos rawatan peserta di hospital tersebut.

   Kedua-dua rakan kongsi ini adalah jenama yang dipercayai. Prudential membawa keupayaan global yang kukuh dan pengalaman yang luas dalam bidang insurans – iaitu hampir 160 tahun di Eropah dan lebih 80 tahun di Malaysia – ke dalam perkongsian ini. BSN pula adalah sebuah institusi kewangan yang terkemuka dan dihormati di negara ini. PBTB juga akan memanfaatkan kepakaran pembangunan produk antarabangsa Prudential, yang merupakan pemimpin dalam pasaran insurans berkaitan pelaburan. Di samping itu, kami memiliki produk penyakit kritikal dan perubatan yang kami percaya amat menarik bagi pelanggan takaful. Usaha sama baru ini juga akan memanfaatkan tenaga agensi Prudential berjumlah 7,000 orang dan juga rangkaian 387 cawangan BSN.



SELAMAT DATANG


Selamat datang ke laman PRU-BSN TAKAFULINK, pusat sehenti keperluan takaful dan kad perubatan anda. Anda boleh berinteraksi bersama saya melalui pelbagai saluran seperti emel, telefon, sms, ruangan komen dan Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan takaful dan kad perubatan